Sunday, December 27, 2009

Aku Rindu

"ada cahaya di wajahmu"

Aku rindukan ibu
aku rindukan ayah
aku sayang ibu dan ayah

aku ingin menatap wajah ibu
ingin juga ditatap wajah ayah.

aku rindukan masakan ibu...masakan dari air tangannya memang sedap..
teringin berada dalam dakapan ibu..
aku ingin ciuman ibu
aku nak cium ibu setiap hari
inginku kucup tangan ibu dan ayah

ibuku
tabahnya hatimu..
engkau mengandungkan kami 9 bulan di dalam rahimmu
engkau tidak pernah mengeluh
kesakitanmu sewaktu bertarung nyawa melahirkan kami tak pernah sekali kau ceritakan
mulianya hatimu ibu

ibu..ayah..
nakal kami..rajuk kami..kau tetap tabah melayani
tangis kami kau pujuk
sakit kami kau ubati
bersengkang mata demi kami
tika berjauhan betapa risau hatimu
limpahan kasih sayangmu ibu dan ayah..
marahmu marah sayang
tidak pernah engkau mengherdik kami
bukti kasih sayang mu
kami menjadi manusia..


ibuku..ayahku..
redhai anakmu ini
anakmu berjuang menuntut ilmu..
doakan kejayaan kami..
kerana rindu..
kami ingin pulang bertemu ibu dan ayah..
kami ingin menjaga ibu dan ayah..
dulu...ayahku menghantarku ke sekolah..
ibu pula menunggu di muka pintu sehinggalah bayang-bayang kami tidak kelihatan.

aku rindukan lunak suara ibu..juga suara ayah
ibu yang mendodoi dan ayah yang meribaku hingga kutidur
menghayun buaian dengan penuh kasih sayang
aku inginkan belaian ibu dan ayah

Ya Tuhanku..
ampuni dosa ibu dan ayahku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku..
limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu pada ibu dan ayahku..
tunjukkanlah kami jalan yang benar
jauhilah mereka dari bala dan bencana
jauhi mereka dari segala penyakit
sembuhkanlah kesakitan mereka
mudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut..
matikanlah kami syahid di jalanmu..
masukkan kami dalam syurgamu...


nur_

No comments: