Thursday, October 29, 2009

salam

Posting dari seorang akh student engineering di Australia ... dgn ilmu dan syakhsiah yg unggul, asatizah PIPAQ kita insyaallah lbh hebat utk berdakwah dan mentarbiyyah anak2 bangsa di sekolah .. al-ulamak warathatul anbiya' ... amin

Penyelaras PIPAQ

Mengapa saya berda’wah
Oleh Shahril Atiqi Sarip a.k.a. Penapistola (http://penapistola. wordpress. com)
ISMA Australia (http://ismaaustrali a.com)

Ramai orang bertanya, tentang aktiviti harian saya yang saya usahakan. Ramai orang ragu-ragu mengapa saya beriya-iya ingin berda’wah sedangkan saya bukan bertaraf ustaz. Tapi saya tetap lakukan walaupun hanya menyampaikan satu ayat.

Kalau nak diceritakan segala hadith dan dalil dari al-Quran tentang fadhilat dan tuntutan berda’wah, maka ada banyak yang boleh anda dapati dari pelbagai buku di pasaran. Hatta anda boleh google sahaja tentang kewajipan da’wah di internet.

Di sini saya hanya ingin menyampaikan pandangan lojik saya yang saya rasa sudah cukup untuk menjadikan da’wah itu sesuatu yang amat-amat dituntut di waktu kini.

1. Saya menyertai pelbagai program tarbiyyah. Dan saya gali segala ilmu dan pengalaman orang-orang yang pernah berda’wah dan masih berda’wah. Saya komited dengan halaqah-halaqah yang membangunkan jiwa dan mengukuhkan jatidiri. Untuk membuat keputusan hanya terus ditarbiyyah dan tidak berda’wah, atau bercita-cita untuk hanya terus ditarbiyyah adalah ibarat tangki air yang diisi dengan air tetapi tidak dapat disalurkan ke mana-mana. Akibatnya, menjadi tempat takungan air busuk. Jadi saya menjauhkan diri dari membiarkan diri saya menjadi tempat takungan air busuk. Saya adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain, maka saya komited dengan anjuran berda’wah.
2. Saya berkeluarga dan tak lama lagi akan punya seorang anak. Dalam masa lebih kurang 7-10 tahun, anak saya insyaAllah akan masuk ke sekolah, bergaul dengan palbagai jenis orang dan pastinya dia akan melihat aktiviti dan semua kawan-kawan pergaulan saya. Waktu itu dia paling cepat menangkap apa sahaja yang dia lihat. Maka, kalau saya tidak berda’wah, tidak terlibat dengan halaqah-halaqah iman, tidak bergaul dengan golongan penda’wah yang mempunyai concern yang tinggi terhadap pembangunan rohani dan mental manusia, saya menanggung risiko bahawa anak saya kelak akan bergaul dengan orang yang materialistik, tidak serius mengejar akhirat sepertimana ia serius mengejar dunia, tidak serius mendidik dan mentarbiyah anak-anak dengan akhlak islami dan lebih teruk lagi jika tidak tahu tentang kehidupan Nabi s.a.w. dan para sahabat. Saya sayang keluarga saya maka saya komited dengan anjuran berda’wah.
3. Saya melihat sungguh banyak sistem dan kemudahan yang bertentangan dengan syariat. Saya seorang yang komited dengan islam, maka saya punya ‘izzah dengan syariat dan sistem islam. Jadi saya mengharapkan kemudahan yang menggunapakai sistem islam berleluasa agar mudah saya menjalani kehidupan. Contohnya, perbankan islam. Sekarang seolah sudah begitu banyak, tetapi masih lagi ia tidak setanding dengan perbankan yang haram yang makan riba dan menipu manusia. Makanan-makanan yang penuh syubhah dan punya keraguan dek pembuatnya yang melobi dan menyokong yahudi zionis dalam usaha menjajah tanah Palestin juga berleluasa di pasaran ketimbang produk-produk islami dan membantu ekonomi umat islam. Jika saya tidak berda’wah hingga mampu membina rasa ‘izzah umat islam tentang produk dan keluaran muslimin lantas menyokongnya, maka produk islam tidak akan mampu berkembang dan akan terus tenggelam. Maka saya perlu komited dengan da’wah.
4. Saya ingin pastikan iman dan taqwa saya senantiasa tinggi dan menggunung. Jika saya hanya berdiam diri dan terus menerus menyimpan segala hasil tarbiyah saya yang dihimpun bertahun-tahun dalam kepala saya, maka ia hanya akan terus terdiam dan membusuk. Dengan berda’wah, maka saya dapat iltizam dan tanamkan semangat yang tinggi untuk berpegang dan melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dengan lebih terperinci. Semuanya kerana kata-kata “Cakap tak serupa bikin !” atau lebih afdhalnya dari firman Allah s.w.t. dalam surah as-Shoff ayat 2-3. Jika saya hanya berdiam diri, maka saya akan lemah iltizam.
5. Selebihnya, saya mahu anda rujuk kembali ayat-ayat Allah s.w.t. berkenaan da’wah dan hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang kebaikan da’wah dan fadhilatnya.

Jadi saya akan terus berda’wah, dan saya akan terus berda’wah dan saya akan terus berda’wah, insyaAllah.

Sudah lama rasanya tidak melihat2 blog..tibe2 terasa untuk menulis sesuatu..
discussion penyelaras program dari program Pendidikan Islam & al-Quran di fakulti menarik minat saya untuk menyelami apa yang diperkatakan..
memang benar, ramai yang beranggapan bahawa tugas dakwah hanyalah dipikul di bahu-bahu golongan yang mendalami bidang-bidang agama..
Ini adalah salah tanggapan yang sepatutnya diperbetulkan..
sebenarnya semua orang adalah pendakwah..samada terhadap diri, keluarga, agama,masyarakat, negara dan umat Islam..Samalah halnya 'setiap orang adalah pemimpin'..paling tidak, memimpin diri sendiri..sedangkan minda kita pun sebenarnaya memimpin tingkahlaku samada secara sedar atau tidak..
Jadi sebagai umat Islam, kita perlu faham bahawa, kewajipan berdakwah merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam..bukan sahaja tanggungjawab ustaz-ustazah atau pelajar bidang Usuludin, Pengajian Dakwah, Quran Sunnah, Syariah dan sebagainya, tetapi juga kepada pelajar di bidang perubatan, ekononomi, kejuruteraan, undang-undang, kemanusiaan, kemasyarakatan dan sebagainya...malah untuk semua..
Jadi permulaan saat ini, perlulah kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah..dan menjadi satu tuntutan untuk kita mendalami seluruh cabang ilmu untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pendakwah..


Bersama menyelami ilmu dakwah..bekalan sebagai seorang da'ie..muaddib..
Antara kitab-kitab yang menjadi rujukan..

التربية الإسلامية ومدرسة حسن البنا-دكتور يوسف القرضاوي
Al-Quran wa 'Ilm An-Nafs-(Uthman Najati)
Ihya' Ulum al-Din-(al-Ghazali)
Metodologi Dakwah
Psikologi Dakwah-(Dr.Ab.Aziz Bin Mohd.Zin)
Dakwah dan Kaunseling di Malaysia-(Dr. Fariza Md. Sham)
Personaliti dari Perspektif al-Ghazali-(Dr. Fariza Md. Sham)

Monday, October 19, 2009

Sunday, October 18, 2009

CARA-CARA memilih sahabat.


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."




EID MUBARAK

Alhamdulillah..raya kali ini memang boleh katakan betul2 menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi sanak saudara n rakan taulan...sebelum ni seingat saya tahun 2007, raya+stam...awal-awal lagi ustaz ustazah pesan..raya2 jugak..stam jangan dilupa..tengiang-ngiang lagi kata-kata dan peringatan tu di 2telinga ..memang duk rumah n x jalan ke mana2 sangat ketika2..tengok lemang nampak nahu saraf..tengok ketupat...nampak arudh qofiah...
tapi berbeza ngan sekarang...tahun ni sempat berkunjung di rumah kediaman sahabat di paya luas..untuk memenuhi hasrat 2 orang sahabat yang disayangi yang akan berangkat ke jordan...alhamdulillah berkesempatan juga mengunjungi mereka bersama keluarga setelah berhari raya di rumah sepupu x jauh dari sana..seronok rasanya bertemu dengan ke duanya...Masyitah n Fatimah az-Zahrah.. mungkin di masa akan datang kita akan bertemu kembali..selamat berjuang sahabat...

Bunga Cantik Tetapi Tidak Wangi...


Anda pernah melihat bunga? Tentu sekali pernah. Orang kata bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Itulah ibarat kepada seseorang yang cantik tetapi tidak berakhlak dan berbudi.Seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ahh! Siapa yang tak seronok apabila dipuji dan dikatakan cantik dan lawa? Itulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang sentiasa merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa diri kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.Wanita cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana menyangka dirinya punya kelebihan . Kata orang juga, wanita cantik banyak yang dimahunya . Apabila diri merasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Kalau dia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi 'andartu'. Hidup liar bagai merpati, senang didekati tetapi ditangkap lari (tolong baca sampai habis artikel ini). Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suami yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka dan menjadi hamba kepada kecantikan isterinya . Menyayangi isteri hanya atas dasar kecantikan maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayuskan suami. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau lebih teruk dengan meminta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri menggunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada agama dan akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, kecantikannya hanya untuk suaminya dan ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak punya pekerti tinggi, tidak berakhlak adalah ibarat seperti bunga raya. Cantik warnanya tapi keharumannya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak terlalu cantik tapi berakhlak mulia, taat pada Allah dan suami adalah ibarat bunga cempaka. Kecantikannya tidak seberapa tetapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya, sudah pasti bunga cempaka diminati dan dipilih orang. Kasihan pada bunga raya kerana tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar bahawa diri hanya jadi bahan mainan.Wanita yang tidak cantik malah tidak berakhlak pula hanya akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula berbau harum dan wangi. Maka tiada apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Jadi usah dibangga dengan kecantikan dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya lebih bernilai dan disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan tidak mahu ada yang menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung timbunan dosa akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka kerana sifat mazmumah sudah membelenggu jiwa akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagai mahkota.Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah.

Baik dan buruk, cantik atau hodoh itu semua adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh (maknanya kurang cantik) sama-sama perlukan persediaan kerana pasti akan tiba suatu masa di mana yang berwajah cantik atau hodoh dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Adakah pada saat itu masih berguna kecantikan yang ada? Kita semua tahu jawapannya.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras, tidak melihat pada keturunan, tidak melihat pada harta tetapi Allah melihat pada hati-hati kamu dan amalan kamu""Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl ayat 53"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." Al Hujurat ayat 14Wallahu a’lam. Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi orang yang terbaik. InsyaAllah."..peringatan buat diriku yang alpa.."