salam
Posting dari seorang akh student engineering di Australia ... dgn ilmu dan syakhsiah yg unggul, asatizah PIPAQ kita insyaallah lbh hebat utk berdakwah dan mentarbiyyah anak2 bangsa di sekolah .. al-ulamak warathatul anbiya' ... amin
Penyelaras PIPAQ
Mengapa saya berda’wah
Oleh Shahril Atiqi Sarip a.k.a. Penapistola (http://penapistola. wordpress. com)
ISMA Australia (http://ismaaustrali a.com)
Ramai orang bertanya, tentang aktiviti harian saya yang saya usahakan. Ramai orang ragu-ragu mengapa saya beriya-iya ingin berda’wah sedangkan saya bukan bertaraf ustaz. Tapi saya tetap lakukan walaupun hanya menyampaikan satu ayat.
Kalau nak diceritakan segala hadith dan dalil dari al-Quran tentang fadhilat dan tuntutan berda’wah, maka ada banyak yang boleh anda dapati dari pelbagai buku di pasaran. Hatta anda boleh google sahaja tentang kewajipan da’wah di internet.
Di sini saya hanya ingin menyampaikan pandangan lojik saya yang saya rasa sudah cukup untuk menjadikan da’wah itu sesuatu yang amat-amat dituntut di waktu kini.
1. Saya menyertai pelbagai program tarbiyyah. Dan saya gali segala ilmu dan pengalaman orang-orang yang pernah berda’wah dan masih berda’wah. Saya komited dengan halaqah-halaqah yang membangunkan jiwa dan mengukuhkan jatidiri. Untuk membuat keputusan hanya terus ditarbiyyah dan tidak berda’wah, atau bercita-cita untuk hanya terus ditarbiyyah adalah ibarat tangki air yang diisi dengan air tetapi tidak dapat disalurkan ke mana-mana. Akibatnya, menjadi tempat takungan air busuk. Jadi saya menjauhkan diri dari membiarkan diri saya menjadi tempat takungan air busuk. Saya adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain, maka saya komited dengan anjuran berda’wah.
2. Saya berkeluarga dan tak lama lagi akan punya seorang anak. Dalam masa lebih kurang 7-10 tahun, anak saya insyaAllah akan masuk ke sekolah, bergaul dengan palbagai jenis orang dan pastinya dia akan melihat aktiviti dan semua kawan-kawan pergaulan saya. Waktu itu dia paling cepat menangkap apa sahaja yang dia lihat. Maka, kalau saya tidak berda’wah, tidak terlibat dengan halaqah-halaqah iman, tidak bergaul dengan golongan penda’wah yang mempunyai concern yang tinggi terhadap pembangunan rohani dan mental manusia, saya menanggung risiko bahawa anak saya kelak akan bergaul dengan orang yang materialistik, tidak serius mengejar akhirat sepertimana ia serius mengejar dunia, tidak serius mendidik dan mentarbiyah anak-anak dengan akhlak islami dan lebih teruk lagi jika tidak tahu tentang kehidupan Nabi s.a.w. dan para sahabat. Saya sayang keluarga saya maka saya komited dengan anjuran berda’wah.
3. Saya melihat sungguh banyak sistem dan kemudahan yang bertentangan dengan syariat. Saya seorang yang komited dengan islam, maka saya punya ‘izzah dengan syariat dan sistem islam. Jadi saya mengharapkan kemudahan yang menggunapakai sistem islam berleluasa agar mudah saya menjalani kehidupan. Contohnya, perbankan islam. Sekarang seolah sudah begitu banyak, tetapi masih lagi ia tidak setanding dengan perbankan yang haram yang makan riba dan menipu manusia. Makanan-makanan yang penuh syubhah dan punya keraguan dek pembuatnya yang melobi dan menyokong yahudi zionis dalam usaha menjajah tanah Palestin juga berleluasa di pasaran ketimbang produk-produk islami dan membantu ekonomi umat islam. Jika saya tidak berda’wah hingga mampu membina rasa ‘izzah umat islam tentang produk dan keluaran muslimin lantas menyokongnya, maka produk islam tidak akan mampu berkembang dan akan terus tenggelam. Maka saya perlu komited dengan da’wah.
4. Saya ingin pastikan iman dan taqwa saya senantiasa tinggi dan menggunung. Jika saya hanya berdiam diri dan terus menerus menyimpan segala hasil tarbiyah saya yang dihimpun bertahun-tahun dalam kepala saya, maka ia hanya akan terus terdiam dan membusuk. Dengan berda’wah, maka saya dapat iltizam dan tanamkan semangat yang tinggi untuk berpegang dan melaksanakan suruhan Allah s.w.t. dengan lebih terperinci. Semuanya kerana kata-kata “Cakap tak serupa bikin !” atau lebih afdhalnya dari firman Allah s.w.t. dalam surah as-Shoff ayat 2-3. Jika saya hanya berdiam diri, maka saya akan lemah iltizam.
5. Selebihnya, saya mahu anda rujuk kembali ayat-ayat Allah s.w.t. berkenaan da’wah dan hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang kebaikan da’wah dan fadhilatnya.
Jadi saya akan terus berda’wah, dan saya akan terus berda’wah dan saya akan terus berda’wah, insyaAllah.
Sudah lama rasanya tidak melihat2 blog..tibe2 terasa untuk menulis sesuatu..
discussion penyelaras program dari program Pendidikan Islam & al-Quran di fakulti menarik minat saya untuk menyelami apa yang diperkatakan..
memang benar, ramai yang beranggapan bahawa tugas dakwah hanyalah dipikul di bahu-bahu golongan yang mendalami bidang-bidang agama..
Ini adalah salah tanggapan yang sepatutnya diperbetulkan..
sebenarnya semua orang adalah pendakwah..samada terhadap diri, keluarga, agama,masyarakat, negara dan umat Islam..Samalah halnya 'setiap orang adalah pemimpin'..paling tidak, memimpin diri sendiri..sedangkan minda kita pun sebenarnaya memimpin tingkahlaku samada secara sedar atau tidak..
Jadi sebagai umat Islam, kita perlu faham bahawa, kewajipan berdakwah merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam..bukan sahaja tanggungjawab ustaz-ustazah atau pelajar bidang Usuludin, Pengajian Dakwah, Quran Sunnah, Syariah dan sebagainya, tetapi juga kepada pelajar di bidang perubatan, ekononomi, kejuruteraan, undang-undang, kemanusiaan, kemasyarakatan dan sebagainya...malah untuk semua..
Jadi permulaan saat ini, perlulah kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah..dan menjadi satu tuntutan untuk kita mendalami seluruh cabang ilmu untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pendakwah..
Bersama menyelami ilmu dakwah..bekalan sebagai seorang da'ie..muaddib..
Antara kitab-kitab yang menjadi rujukan..
التربية الإسلامية ومدرسة حسن البنا-دكتور يوسف القرضاوي
Al-Quran wa 'Ilm An-Nafs-(Uthman Najati)
Ihya' Ulum al-Din-(al-Ghazali)
Metodologi Dakwah
Psikologi Dakwah-(Dr.Ab.Aziz Bin Mohd.Zin)
Dakwah dan Kaunseling di Malaysia-(Dr. Fariza Md. Sham)
Personaliti dari Perspektif al-Ghazali-(Dr. Fariza Md. Sham)
No comments:
Post a Comment